Friday, April 2, 2010

LAPORAN NADWAH KEPEMIMPINAN ISLAM SEKOLAH-SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE – 30 TAHUN 2010 SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI SABAK BERNAM 18-21 MAC 2010 / 0

Pada 18-21 Mac 2010 yang lalu, beberapa orang AJK BUSAS Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya beserta seorang guru pengiring telah mengikuti program Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah Berasrama Penuh kali ke-30. Nadwah ini diadakan di SBPI Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan.

Program diadakan selama 3 hari 2 malam. Program nadwah ini adalah merupakan program berbentuk latihan dan pendidikan ke arah membentuk generasi yang memiliki nilai-nilai keagamaan dalam kepimpinan. Ini bererti kepemimpinan yang ingin dijelmakan oleh negara bukan sahaja mereka yang mampu memiliki pencapaian akademik yang tinggi, malah mampu menghayati ilmu agama dan nilai-nilai murni dalam amalan seharian mereka.

Lantaran itu, NKI adalah satu medan untuk melatih pelajar-pelajar menjadi pemimpin yang berkarisma tinggi, berketerampilan dan mampu menghadapi cabaran-cabaran zaman globalisasi dan era teknologi maklumat kini.
Program ini telah bermula di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pada tahun 1979 di Kolej Islam Kelang (KIK) sehingga tahun 1991. Pada tahun 1992, ianya tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu dan disambung semula pada tahun 1993. Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang adalah SBP pertama selepas KIK menjadi Ahli Jawatankuasa Pengelola NKI, iaitu pada tahun 1994. Pada tahun 1995 SMAP Labu pula telah diamanahkan untuk menjadi Ahli Jawatankuasa Pengelola, sehinggalah pada tahun 2004 hanya 3 buah sekolah ini sahaja yang bergilir-gilir menjadi Ahli Jawatankuasa Pengelola NKI.

Mulai tahun 2005 Ahli Jawatankuasa Pengelola NKI telah dipertanggungjawabkan kepada Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Rawang, Selangor, tahun 2006 Sekolah Berasrama Penuh (SBPI) Jempol, Negeri Sembilan, tahun 2007 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kubang Pasu, Bukit Kayu Hitam, Kedah sehinggalah pada tahun lepas 2008 SBPI Kuantan pula diamanahkan sebagai AJK Pengelola.

Pada tahun 2010 ini, NKI ke-30 akan diadakan di SBPI Sabak Bernam bagi melaksanakan program yang tertangguh pada tahun lepas atas nasihat Kementerian Kesihatan supaya membatalkan semua program ekoran daripada wabak H1N1 yang sedang melanda seluruh dunia pada masa itu.

Mudah-mudahan dengan berkat doa, usaha, komitmen dan kesungguhan semua pihak NKI ke-30 akan dapat dilaksanakan dengan jayanya di bumi Selangor Darul Ehsan.

Tema nadwah pada tahun ini ialah ‘Membina Jati Diri Kepemimpinan Terbilang’. Matlamat yang menyokong tema bagi nadwah ini adalah sebagai satu usaha pentadbiran yang bersistematik dan berperanan memperkembangkan kemahiran pelajar dari segi berfikir, berkomunikasi dan menghayati nilai-nilai terpuji sebagai muslim Muttaqin. Ia juga sebagai satu usaha pentadbiran untuk melahirkan pimpinan pelajar cemerlang dan berketerampilan dalam pelbagai bidang serta memiliki sahsiah unggul dan bersepadu dari segi intelek, emosi, mental dan jasmani.

Nadwah ini juga mempunyai objektif-objektif yang perlu dicapai. Antara objektif tersebut ialah menggemilangkan pengurusan Badan Dakwah da Rohani (BADAR) berlandaskan keperluan semasa yang tidak bercanggah dengan Islam. Selain itu, memberi input persediaan bagi menghadapi alaf baru dan pendedahan kepada skil kepemimpinan agar menjadi pemimpin yang berkarisma tinggi dan berketerampilan. Kita juga dapat mengenalpasti cabaran-cabaran semasa yang membawa kepada keruntuhan akhlak, di samping menyemarakkan semangat untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan serta kebijaksanaan dalam berdakwah.

Di samping itu, dapat memupuk kesedaran tentang pentingnya kemahiran komunikasi, menilai maklumat serta ketahanan fizikal untuk mempersiapkan diri menjadi pemimpin gemilang selain dapat melahirkan pemimpin yang memiliki contoh teladan terpuji kepada orang

18 Mac 2010 (Khamis)

Setibanya di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam pada waktu petang, para peserta disambut dengan meriah sekali oleh pihak pengurusan sekolah tersebut. Selepas mendaftar, para peserta dibawa ke tempat penginapan dan menjalani sesi fotografi. Sebanyak 55 buah Sekolah Berasrama Penuh di seluruh negara berkumpul di situ bagi menyertai nadwah tersebut. Setiap sekolah menghantar 6 orang peserta dalam kalangan pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5.
Selepas solat Maghrib dan solat hajat secara berjemaah di Surau As-syakirin, para peserta membaca Surah Yasin serta tahlil ringkas sementara menunggu solat Isyak. Selepas menunaikan solat Isyak, para peserta mendengar taklimat fasilitator dan taklimat peserta selama satu jam iaitu dari 9 malam hingga 10 malam. Aktiviti seterusnya ialah simulasi usrah di bilik usrah masing-masing. Para peserta dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing. Sebanyak 12 buah kumpulan usrah dibentuk sebelum meneruskan aktiviti.
Selepas tamat simulasi usrah, para peserta balik ke tempat penginapan masing-masing. Para peserta membaca Surah Al-mulk sebelum melelapkan mata untuk tidur.

19 Mac 2010 (Jumaat)
Para peserta bangun pada awal pagi lalu menguruskan diri untuk menunaikan solat Subuh di Surau As-syakirin. Selepas itu, para peserta mendengar kuliah subuh oleh Ustaz Bahaudin bin Husain, SAM Tinggi Batu 38, Sabak Bernam. Tajuk kuliah beliau ialah Iman dan Taqwa – Tunjang Ketamadunan. Pengisian kuliah subuh ini ialah seseorang itu mestilah ada tunjang agama dan iman agar tidak roboh mahupun goyah pada suatu hari nanti apabila sudah dewasa kelak.
Tepat jam 6.50 pagi, para peserta bersarapan di dewan makan dan seterusnya mereka diarahkan untuk pergi ke perhimpunan pagi di Dataran Informasi. Selesai sahaja perhimpunan, para peserta pergi ke Dewan Ibnu Khaldun untuk menghadiri Majlis Perasmian Pembukaan dan meneruskan slot kedua iaitu Ucap Tama NKI yang disampaikan oleh Tuan Haji Abd Rashid bin Ngah, Pengarah Bahagian Pendidikan Isalm, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Selesai sahaja slot kedua, para peserta dibenarkan berehat seketika sambil menjamah sedikit hidangan pagi di luar dewan. Kemudian program diteruskan dengan slot 3, tamrin Qiyadi. Slot ini juga diadakan di dalam dewan. Slot ini bertajuk Kecemerlangan Modal Insan Penentu Kepemimpinan terbilang yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr Abd Ghafar binti Don, Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pada waktu tengahari, para peserta menikmati hidangan tengah hari di dewan makan sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Politeknik Sabak Bernam. Setelah menunaikan solat Jumaat, para peserta meneruskan slot mereka yang keempat iaitu Pengenalan dan Fungsi Organisasi BADAR. Slot ceramah ini disampaikan oleh Ustaz Muhamad Syaari bin Abd Rahman, Senior Executif Training Department I.P. Minda Sdn Bhd (Training and Consultancy).

Pada pukul 4.30 petang, para peserta pergi ke surau untuk menunaikan solat Asar. Seterusnya mereka pergi ke dewan makan untuk minum petang. Selepas itu, mereka beriadah di padang sekolah. Aktiviti riadah mereka pada petang itu ialah bermain bola sepak. Mereka mengadakan perlawanan antara kumpulan mereka masing-masing. Mereka berasa gembira dan penuh semangat ketika bermain kerana ingin membiasakan diri antara satu sama lain.

Para peserta menamatkan riadah mereka pada pukul 6.15 petang lalu menuju ke dewan makan untuk makan petang. Selepas menjamu selera, mereka menyiapkan diri lalu pergi ke surau untuk menunaikan solat Maghrib. Selesai solat Maghrib secara berjemaah, para peserta diberi pengisian rohani dalam kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Nasri bin Jajuli, SAM Pasir Panjang, Sekinchan. Tajuk kuliah Maghrib ini ialah Keunggulan Iman Teras Kegemilangan Ummah.

Selepas menunaikan solat Isyak, para peserta mengikuti Usrah – usrah LDK (Latihan dalam Kumpulan) di bilik usrah masing-masing. Setelah tamat usrah tersebut, para peserta pergi ke dewan makan untuk minum malam dan seterusnya pergi ke bilik masing-masing untuk tidur. Sebelum tidur, mereka membaca surah Al-mulk agar mengharapkan sepanjang tidur mereka mendapat perlindungan daripada Allah SWT.

20 Mac 2010 (Sabtu)

Setelah bangun dari tidur, para peserta menyiapkan diri lalu menuju ke surau untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah. Setelah solat, mereka mendengar kuliah Subuh yang disampaikan oleh Ustaz Badruldin bin Tameziz, SAM Parit Baru. Tajuk kuliah beliau ialah Kepimpinan Berintegriti.
Setelah mengisi minda dengan ilmu kerohanian, para peserta pergi ke dewan makan untuk megisi perut yang kosong dengan sarapan pagi. Seterusnya, para peserta menghadirkan diri ke perhimpunan seperti kebiasaanya.

Para peserta dikehendaki bersiap sedia untuk mengikuti program Kembara Minda di tempat-tempat menarik yang terdapat di Sabak Bernam. Mereka pergi ke sana dengan menaiki bas yang telah disediakan. Antara tempat menarik tersebut ialah Projek Tanaman Mangga, Maahad Tahfiz Al-Quran, Watanwaja : Ternakan Lembu Fidlor, Kedai Kerepek Sungai Besar dan lain-lain.

Pada pukul 12.30 tengah hari, para peserta pulang ke SBPISB lalu menuju ke dewan makan untuk makan tengah hari. Selepas itu, mereka pergi ke surau untuk menunaikan solat Zohor. Pada jam 2 petang, para peserta dikehendaki menukar pakaian riadah untuk mengikuti aktiviti Eksplo-Riadah. Aktiviti ini diadakan di dalam kawasan sekolah dan sekitar estet berhampiran dengan sekolah.

Apabila masuk waktu Asar, para peserta menunaikan solat di lokasi aktiviti tersebut. Sepanjang aktiviti ini, mereka dapat menyedari dan menghargai betapa pentingnya kegunaan air di muka bumi ini serta dapat mengetahui cara-cara ketika mengembara di dalam hutan.

Para peserta membersihkan diri mereka selepas sahaja tamat aktiviti tersebut. Seterusnya, mereka menuju ke surau untuk menunaikan solat Maghrib. Seperti biasa, selepas solat maghrib, mereka mendengar kuliah yang disampaikan oleh Cikgu Fathilah bin Salleh iaitu Guru Inovasi Negeri Selangor. Tajuk kuliah tersebut ialah Khulafa’ Ar-Rasyidin Model Kepimpinan Ummah.

Setelah tamat kuliah, para peserta menunaikan solat Isyak sebelum menghadiri Majlis Forum NKI di Dewan Ibnu Sina. Forum tersebut bertajuk Diskusi Globalisasi Kepimpinan Islam. Forum tersebut disampaikan oleh tiga orang penal. Yang pertama, Ustaz Amir bin Berau, PK HEM SBPISB yang merupakan ketua penal dalam forum itu. Yang kedua ialah Prof Madya Dr Harlina Haliza binti Hj Siraj dan yang terakhir ialah Prof Madya Dr Ishak bin Sulaiman. Pada pukul 11 malam, para peserta minum malam dan pulang ke bilik masing-masing untuk berehat. Seperti malam-malam biasa mereka membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur.


21 Mac 2010 (Ahad)

Para peserta bangun pagi pada pukul 4 pagi bagi mendirikan Qiamullail di surau. Qiamullail pada pagi itu diimami oleh Ustaz Haji Mustafa bin Sidin, Imam Besar Masjid Negeri Selangor. Selepas itu mereka terus menunaikan solat subuh. Sebaik sahaja selesai solat, mereka mendengar kuliah oleh Ustaz Haji Mustafa yang bertajuk Tahsin Surah Al-Fatihah.

Setelah sarapan, mereka pergi ke perhimpunan dan seterusnya mereka pergi ke bilik usrah untuk meneruskan slot mereka iaitu, Pelan Tindakan Badan Dakwah dan Rohani (BADAR). Slot ini dijalankan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Setelah mereka perlu membentangkan pelan tindakan mereka kepada semua peserta yang lain pada slot yang seterusnya. Pembentangan mereka dinilai oleh semua fasilitator dan guru-guru.

Setelah tamat pembentangan, mereka minum pagi di tepi dewan tersebut. Para peserta masuk ke dewan semula untuk meneruskan slot terakhir iaitu Majlis Penutupan NKI. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dr Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malysia.

Pada pukul 2 petang, semua peserta dikehendaki pulang ke sekolah masing-masing. Mereka berasa sedih dan disertai juga dengan kegembiraan kerana telah menjalani banyak pengalaman sama ada manis ataupun pahit bersama-sama rakan-rakan lain sepanjang NKI ini dijalankan selama empat hari.



JADUAL AKTIVITI NADWAH KEPEMIMPINAN ISLAM SEKOLAH-SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE – 30 TAHUN 2010 SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI SABAK BERNAM 18-21 MAC 2010 / 02-05 RABIUL AKHIR 1431H
MASA
AKTIVITI
LOKASI
2.30 ptg – 4.30 ptg
Pendaftaran, Sesi fotografi, welcome drink dan penginapan
Lobi Pentadbiran
4.30 ptg – 6.30 ptg
(Asar : 4.33 ptg)
Solat Asar berjemaah
Surau
6. 30 ptg – 6.45 ptg
Urus diri
Asrama
6.45 ptg – 7.00 mlm
Makan malam
Dewan Makan
7.00 mlm – 9.00 mlm
(maghrib 7.28 mlm)
(isyak 8.37 mlm)
Solat Maghrib dan Hajat Berjemaah
Bacaan Yasin dan Tahlil
Solat Isyak Berjemaah
Surau As- Syakirin
9.00 mlm – 10.00 mlm
SLOT 1
Taklimat Peserta
Dewan Ibnu Khaldun
9.00 mlm – 10.00 mlm
Taklimat Masul (Fasilitator)
Bilik Kuliah
9.00 mlm – 10.00 mlm
Taklimat Pemandu
Bilik Gerakan
10.00 mlm – 10.45 mlm
Simulasi
Bilik Usrah
10.45 mlm – 11.15 mlm
Minum Malam
Dewan Makan
11.15 mlm – 5.00 pagi
Bacaan Surah Al-Mulk
Rehat / Tidur
Asrama
19 MAC 2010 (JUMAAT)
5.00 pagi – 5.30 pagi
Urus Diri
Asrama
5.50 pagi – 6.10 pagi
Solat Subuh Berjemaah
Surau As-Syakirin
6.10 pagi – 6.50 pagi
KULIAH SUBUH 1
Tajuk : Iman Dan Taqwa – Tunjang Ketamadunan
Oleh : Ustaz Bahaudin Bin Husain
SAM Tinggi Batu 38, S.Benam
Surau As-Syakirin
6.50 pagi – 7.20 pagi
Sarapan Pagi
Dewan Makan
7.20 pagi – 7.45 pagi
Negaraku
Lagu Nadwah
Asmaul Husna
Ikrar NKL
Taklimat Kem Komandan/Urusetia
Dataran Informasi
8.00 pagi – 10.00 pagi
SLOT 2
UCAP UTAMA NKI
Membina Jati Diri Kepimpinan Terbilang
Oleh : Tuan Haji Abd Rashid Bin Ngah
Pengarah Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia
Dewan Ibnu Khaldun
10.00 pagi – 10.30 pagi
Rehat dan Minum Pagi
Dewan Makan
MASA
AKTIVITI
LOKASI
10.30 pagi – 12.00 tghr
SLOT 3
TAMRIN QIYADI
Tajuk : Kecemerlangan Modal Insan Penentu
Kepimpinan Terbilang
Oleh : Prof. Madya Dr Abd Ghafar Bin Don
Pensyarah Universiti Kebangsaan
Malaysia
Dewan Ibnu Khaldun
12.30 tghr – 12.50 tghr
Makan Tengahari
Dewan Makan
12.30 tghr – 2.00 ptg
Solat Jumaat
Masjid Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam
2.00 ptg – 4.30 ptg
SLOT 4
Pengenalan Dan Fungsi Organisasi Badar
Ust. Muhamad Syaari Bin Abd Rahman
Senior Executif Training Department
I.P. Minda Sdn Bhd (Training and Consultancy)
Dewan Ibnu Khaldun
4.30 ptg – 4.50 ptg
Solat Asar Berjemaah
Suran As-Syakirin
4.50 ptg – 5.15 ptg
Minum Petang
Dewan Makan
5.15 ptg - 6.15 ptg
Riadah dan Permainan
Padang
6.15 ptg – 6.45 ptg
Makan Malam
Dewan Makan
6.45 ptg – 7.20 mlm
Urus diri
Asrama
7.20 mlm – 8.40 mlm
Solat Maghrib Berjemaah
Kuliah Maghrib 1
Tajuk : Keunggulan Iman Teras Kegemilangan
Ummah
Oleh : Ust. Nasri Bin Jajuli
SAM Pasir Panjang, Sekinchan
Surau As-Syakirin
8.40 mlm – 9.00 mlm
Solat Isyak Berjemaah
Surau As-Syakirin
9.00 mlm – 10.30 mlm
Usrah – LDK (Program BADAR)
Bilik Usrah
10.30 mlm – 11.00 mlm
Pembentangan LDK – Program BADAR
Dewan Ibnu Khaldun
11.00 mlm – 11.15 mlm
Minum Malam
Dewan Makan
11.15 mlm – 11.30 mlm
Bacaan Surah Al-Mulk
Asrama
11.30 mlm – 5.00 pagi
Rehat / Tidur
Asmara
20 MAC 2010 (SABTU)
5.00 pagi – 5.30 pagi
Urus Diri
5.50 pagi – 6.10 pagi
Solat Subuh Berjemaah
Surau As-Syakirin
6.10 pagi – 7.00 pagi
KULIAH SUBUH 2 (kuliah 3)
Tajuk : Kepimpinan Berintegriti
Oleh : Ust Badruldin Bin Tameziz
SAM Parit Baru
Surau As-Syakirin
7.00 pagi – 7.30 pagi
Sarapan Pagi
Dewan Makan
7.30 pagi – 7.50 pagi
Negaraku
Lagu Nadwah
Asmaul Husna
Ikrar NKI
Taklimat Kem Komanden/Urusetia/Kembara
Dataran Informasi
8.00 pagi – 11.00 pagi
KEMBARA MINDA
SBPISB – Lokasi Kembara
11.00 pagi – 11.30 pagi
Perjalanan Balik ke SBPI Sabak Bernam
Lokasi Kembara – SBPISB
11.30 pagi – 12.30 tghr
Perkongsian Pintar (Dapatan dari Kembara / Pembentangan)
12.30 tghr – 2.30 pagi
Rehat/Makan Tengahari/Solat Zohor Berjemaah
Dewan Makan/Surau As-Syakirin
2.30 ptg – 4.30 ptg
Aktiviti Exsplo-Riadah
Lokasi Exsplo-Riadah
4.30 ptg – 4.50 ptg
Solat Asar Berjemaah (Di lokasi)
Lokasi Exsplo-Riadah
6.15 ptg – 6.45 ptg
Makan Malam
Dewan Makan
6.45 ptg -7.20 mlm
Urus Diri
Asrama
7.20 mlm -7.40 mlm
Solat Maghrib Berjemaah
Surau As-Syakirin
7.45 mlm – 9.00 mlm
KULIAH MAGHRIB 2
Tajuk : Khulafa’ Ar-Rasyidin Model
Kepimpinan Ummah
Oleh : C. Fathilah Bin Salleh
Guru Inovasi Negeri Selangor
Surau As-syakirin
8.30 mlm – 8.50 mlm
Solat Isyak Berjemaah
Surau As-Syakirin
9.00 mlm – 11.00 mlm
FORUM NKI
Tajuk : Diskusi Globalisasi Kepimpinan Islam
Panel :
1. Prof Madya Dr Harlina Haliza Bt Hj Siraj
2. Prof Madya Dr Ishak Bin Sulaiman
3. Ust. Amir Bin Berau – PK HEM SBPI SB
Dewan Ibnu Khaldun
11.00 mlm – 11.20 mlm
Minum Malam
Dewan Makan
11.20 mlm – 11.35 mlm
Bacaan Surah Al-Mulk
Asrama
11.40 mlm – 4.30 pagi
Rehat / Tidur
Asrama
21 MAC 2010 (AHAD)
4.00 pagi – 5.30 pagi
Qiamullail
Imam : Ust. Haji Mustafa Bin Sidin
Imam Besar Masjid N. Sembilan
Solat Subuh Berjemaah
Kuliah Subuh Tajuk : Tahsin Surah Al-Fatihah
Surau As-Syakirin
7.00 pagi – 7.30 pagi
Urus Diri / Sarapan Pagi
Dewan Makan
7.30 pagi – 7.50 pagi
Negaraku
Lagu Nadwah
Asmaul Husna
Ikrar NKI
Taklimat Kem Komanden / Urusetia
Dataran Informasi
8.00 pagi – 9.00 pagi
SLOT 7
Pelan Tindakan Badan Dakwah Dan Rohani-
BADAR (Perbincangan Dalam Kumpulan)
Bilik Usrah
9.00 pagi – 10.00 pagi
SLOT 8
Pembentangan Pelan Tindakan, Penilaian dan Rumusan
Dewan Ibnu Khaldun
10.00 pagi – 11.00 pagi
Rehat Dan Minum Pagi
Kantin / Tepi Dewan
11.00 pagi – 1.00 tghr
SLOT 9
MAJLIS PENUTUPAN NKI
YB Dr Puad Bin Zarkashi
Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia
Dewan Ibnu Khaldun
2.00 ptg
Fi Amaanillaah wa ilal liqa’
LAGU NADWAH

Di sini kita berkumpul
Nadwah kepimpinan Islam
Demi agama kita yang unggul
Memerintah seluruh alam
Di sini kita sepakat
Berteraskan Islam daniman
Bekerja penuh semangat
Agar rezeki diredhai Tuhan
Pemimpin yang adil
Cita-cita kami
Pemimpin bertakwa
Harapan kami
Beramanah, berdedikasi
Tidak gentar, berhemah tinggi
Ayuhlah kita
Muslimin muslimat
Mentadbir dunia
Untuk akhirat
Bersatu tenaga
Menempuh cabaran
Pasti berjaya
Mencapai wawasan


Ustazah dan para peserta Nadwah 2010


Para peserta sedang menjamu selera di dewan makan sekolah tersebut